Rabu, Julai 11, 2012

Drama KOMSAS Tingkatan 2 Inflakasta

Power Point Bm

AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU




· BIJAK TATABAHASA BERSAMA GC
· TEKNIK PENULISAN KARANGAN BERSAMA GC
· TEKNIK MENJAWAB SPM BAHASA MELAYU KERTAS 2

    
KARNIVAL BAHASA
18 JULAI 2012

· PUISI KOMSAS
· TEATER KOMSAS
· MENCIPTA LIRIK LAGU KOMSAS
· PIDATO BAHASA MELAYU
· PENULISAN CERPEN
· PENGUCAPAN AWAM
· KUIZ
· KENALI BAHASA
· PERSEMBAHAN
      PELAJAR

Marilah sama-sama memeriakan Bulan Bahasa SMK RPK .

Bahasa Jiwa Bangsa

         Apakah wasilah yang terpenting untuk membentuk bangsa.?.Jawapannya sudah tentu jelas bahawa  bahasalah yang  akan membentuk  jiwa kita lantas  memercikkan jati diri kebangsaan.

Tanpa  bahasa susah kiranya untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang agung. Bukan untuk menafikan kepentingan bahasa asing namun di sini perlu difahami bahawa janganlah jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Perlu dingat bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa ilmu,bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan  bahasa pentadbiran.

Namun kini ramai yang mula meminggirkan bahasa   Melayu alasannya mudah sahaja kerana di-    sebabkan ketidakmampuan bahasa melayu itu sendiri. Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, selain pengasasan negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika       Syarikat, sewajarnyalah kita teladani. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan    negara bangsa masing-masing. 

Justeru, akan tercapaikah  pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika rakyat tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka sendiri Tepuk dada tanyalah selera .
Bahasa Jiwa Bangsa.

Jumaat, Ogos 06, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN BAHASA SERTA PELANCARAN BLOG PANITIA BAHASA MELAYU

Bulan bahasa anjuran Bidang Bahasa SMK RPK berjalan dengan lancar. Selama dua bulan iaitu bulan Jun dan Julai pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu ialah Pertandingan Mencipta Sajak,Bercerita, Pertandingan Menulis Cerpen, Sektsa , Pidato Bukan Melayu, Kuiz Tatabahasa dan Pengacara Glamor.Penglibatan pelajar amat dialukan.Bakat-bakat terpendam dapat dicari serta dipupuk.
Selain itu , Panitia Bahasa Melayu turut terlibat dalam pameran Kem Cintai Ilmu . Tidak ketinggalan dalam tempoh masa ini , Bengkel Teknik Penulisan karangan turut diadakan bagi tingkatan 3 dan 5 bersama-sama dengan dua orang guru cemerlang sekolah ini iaitu Pn.Hjh Aishah Zakaria dan En.Mohamad Rauf .Ternyata banyak maklumat yang dapat diperolehi oleh pelajar.
Untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru pula Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Kursus Penulisan Kreatif Guru .Sesungguhnya dalam jangka masa ini banyak aktiviti yang telah dijalankan.Kini blog Panitia Bahasa Melayu muncul untuk memberi info terkini serta untuk berkongsi ilmu.Sama-samalah kita merealisasikanya.
Terima kasih untuk semua.Bahasa Jiwa Bangsa

Rabu, Ogos 04, 2010

GURINDAM MEMPERKASA BAHASA

Bahasa ditutur semua peringkat
tandanya padu ikatan muafakat.

Bahasa diungkap seluhur hati
cerminan peribadi menyerlah pekerti.

Bahasa diucap sopan berhemah
di sungai ukhuwah mengalir hikmah.

Bahasa dipelihara cemar dihalang
prihatin warga mengusir walang.

Bahasa diangkat tempatnya di atas
gelora menguji ditentang pantas.

Bahasa dinobat seteguh martabat
gusar ibunda pastikan terubat.

Bahasa didaulat berkembang mantap
sederap perjuangan bermatlamat tetap.

Bahasa diperkasa rakyat dan penguasa
tegak pada mercu peradaban bangsa.

NAZIM MOHD SUBARI
Endau, Johor.

VISI DAN MISI PANITIA

VISI PANITIA

Kearah Kegemilangan Bahasa Menjelang 2013

MISI PANITIA BAHASA MELAYU

1.Memperkasakan bahasa ibunda dalam kalangan pelajar

2.Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

3.Memastikan pelaksanaan pentaksiran yang objektif telus dan berkesan.

4.Memastikan prestasi panitia sentiasa mengalami peningkatan

5.Menjadikan sisitem pengurusan panitia yang cekap dan berkesan

Jumaat, Julai 23, 2010

Pantun Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intailah kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

Anak Cina memasang lukah,
lukah dipasang di Tanjung Jati,
di dalam hati tidak ku lupa,
bagai rambut bersimpul mati.

Batang selasih permainan budak,
daun sehelai dimakan kuda,
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun kembali juga.

Burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan.

Kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga.


Sumber: Lagu Gurindam Jiwa