Jumaat, Ogos 06, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN BAHASA SERTA PELANCARAN BLOG PANITIA BAHASA MELAYU

Bulan bahasa anjuran Bidang Bahasa SMK RPK berjalan dengan lancar. Selama dua bulan iaitu bulan Jun dan Julai pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu ialah Pertandingan Mencipta Sajak,Bercerita, Pertandingan Menulis Cerpen, Sektsa , Pidato Bukan Melayu, Kuiz Tatabahasa dan Pengacara Glamor.Penglibatan pelajar amat dialukan.Bakat-bakat terpendam dapat dicari serta dipupuk.
Selain itu , Panitia Bahasa Melayu turut terlibat dalam pameran Kem Cintai Ilmu . Tidak ketinggalan dalam tempoh masa ini , Bengkel Teknik Penulisan karangan turut diadakan bagi tingkatan 3 dan 5 bersama-sama dengan dua orang guru cemerlang sekolah ini iaitu Pn.Hjh Aishah Zakaria dan En.Mohamad Rauf .Ternyata banyak maklumat yang dapat diperolehi oleh pelajar.
Untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru pula Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Kursus Penulisan Kreatif Guru .Sesungguhnya dalam jangka masa ini banyak aktiviti yang telah dijalankan.Kini blog Panitia Bahasa Melayu muncul untuk memberi info terkini serta untuk berkongsi ilmu.Sama-samalah kita merealisasikanya.
Terima kasih untuk semua.Bahasa Jiwa Bangsa

Rabu, Ogos 04, 2010

GURINDAM MEMPERKASA BAHASA

Bahasa ditutur semua peringkat
tandanya padu ikatan muafakat.

Bahasa diungkap seluhur hati
cerminan peribadi menyerlah pekerti.

Bahasa diucap sopan berhemah
di sungai ukhuwah mengalir hikmah.

Bahasa dipelihara cemar dihalang
prihatin warga mengusir walang.

Bahasa diangkat tempatnya di atas
gelora menguji ditentang pantas.

Bahasa dinobat seteguh martabat
gusar ibunda pastikan terubat.

Bahasa didaulat berkembang mantap
sederap perjuangan bermatlamat tetap.

Bahasa diperkasa rakyat dan penguasa
tegak pada mercu peradaban bangsa.

NAZIM MOHD SUBARI
Endau, Johor.

VISI DAN MISI PANITIA

VISI PANITIA

Kearah Kegemilangan Bahasa Menjelang 2013

MISI PANITIA BAHASA MELAYU

1.Memperkasakan bahasa ibunda dalam kalangan pelajar

2.Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

3.Memastikan pelaksanaan pentaksiran yang objektif telus dan berkesan.

4.Memastikan prestasi panitia sentiasa mengalami peningkatan

5.Menjadikan sisitem pengurusan panitia yang cekap dan berkesan