Jumaat, Ogos 06, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN BAHASA SERTA PELANCARAN BLOG PANITIA BAHASA MELAYU

Bulan bahasa anjuran Bidang Bahasa SMK RPK berjalan dengan lancar. Selama dua bulan iaitu bulan Jun dan Julai pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu ialah Pertandingan Mencipta Sajak,Bercerita, Pertandingan Menulis Cerpen, Sektsa , Pidato Bukan Melayu, Kuiz Tatabahasa dan Pengacara Glamor.Penglibatan pelajar amat dialukan.Bakat-bakat terpendam dapat dicari serta dipupuk.
Selain itu , Panitia Bahasa Melayu turut terlibat dalam pameran Kem Cintai Ilmu . Tidak ketinggalan dalam tempoh masa ini , Bengkel Teknik Penulisan karangan turut diadakan bagi tingkatan 3 dan 5 bersama-sama dengan dua orang guru cemerlang sekolah ini iaitu Pn.Hjh Aishah Zakaria dan En.Mohamad Rauf .Ternyata banyak maklumat yang dapat diperolehi oleh pelajar.
Untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru pula Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Kursus Penulisan Kreatif Guru .Sesungguhnya dalam jangka masa ini banyak aktiviti yang telah dijalankan.Kini blog Panitia Bahasa Melayu muncul untuk memberi info terkini serta untuk berkongsi ilmu.Sama-samalah kita merealisasikanya.
Terima kasih untuk semua.Bahasa Jiwa Bangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan